Futur Suatu Virus ( Part 2 )

Nov 17, 2008

  • Apabila hati tidak tersentuh dengan ayat suci Al-Quran.


Kitab suci yang diturunkan Allah kepada Rasul s.a.w yang menjadi pedoman bagi umat manusia. Kitab yang mengandungi semua perkara sama ada berupa janji, ancaman, perintah mahupun larangan. Memang diakui sebilangan besar kita membaca Al-Quran setiap hari, namun dapatkah kita menangkap maksud aya-ayat yang dibaca itu lantas di”hadam”kan bagi menjadi perisai dan dinding kepada diri kita dalam memastikan kita tidak terjerumus ke dalam sesuatu yang mampu mengundang murka Allah? Apatah lagi jika kita sudah malas membacanya...Sudah mula tinggal sedikit-demi sedikit..Hingga satu hari nanti Al-Quran hanya menjadi perhiasan sahaja didalam rumah atau sebagai hantaran perkahwinan sahaja....Nauzubillah~

  • Apabila kurang memberi perhatian terhadap isu semasa umat Islam


Perkara ini sering menimpa umat Islam yang hidupnya dalam keadaan ‘comfort zone’ kononnya. Walau pada realitinya kita diserang dari pelbagai sudut. Tiada peluru, tiada bom, tiada mortar, tiada periuk api, kita sudah berani mendabik dada bahawa kita selamat berada di Malaysia. Tidak perlu berasa takut malah berasa bersyukur kerana ujian yang menimpa negara saudara seakidah kita seperti di Palestin tidak menimpa Malaysia. Padahal kita lupa, leka bahawa kita juga sedang diserang dengan begitu hebat dengan peluru fikiran. Ghazwatul fikr yang direncanakan Barat berjaya menusuk jiwa anak-anak dan umat Islam hinggakan hilang rasa prihatin terhadap sahabat mereka sendiri. Malah kita juga sedang diserang oleh idelogi yang direncanakan oleh umat Islam sendiri yang mampu mencabar akidah yang sahih. Yang sibuk melancarkan kempen mengibar bendera beramai-ramai secara konvoi motosikal tanpa cuba menerapkan atau menyedarkan masyarakat bahawa sedang kita berseronok menyambut kemerdekaan, masih ada saudara kita yang menjadi pelarian di bumi sendiri seperti di Baitul Maqdis ! Dan itu turut meyumbang kepada kealpaan umat Islam terhadap masalah yang dihidapi oleh saudara mereka sendiri. Apabila seorang muslim yang memahami tanggungjawab untuk menyampaikan risalah dakwah kepada orang lain turut terjebak dalam perkara ini, yakni mula melupakan kesusahan saudara seakidah kita yang sedang bergelut di tanah air sendiri, itu sebenarnya adalah satu petanda kepada futur. Apatah lagi jika ia tidak dirawat, ia akan merebak lantas menyebabkan seorang daie itu mula melupakan saudara mereka dalam doanya setiap kali dalam solat, menginfakkan hartanya untuk jalan Islam bagi membantu perjuangan saudara mereka, dan yang paling kritikal adalah ketika dimana perasaannya hanya beku tatkala melihat permasalahan umat Islam, yang ditindas, malah berasa syukur kerana dan gembira kerana tidak ditimpa masalah seperti itu. Tiada perasaan prihatin mahupun berjuang bagi mengatasi masalah umat juga menunjukkan bahawa tiada rasa tanggungjawab terhadap agama.

  • Apabila terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat.


Seringkali perkara ini berlaku kepada semua termasuk segelintir insan yang memahami tanggungjawab menyampaikan dakwah kepada orang lain. Kita lebih sibuk dan berlebih-lebihan dalam memerhatikan diri sendiri, baik dalam semua hal seperti makan minum, tempat tinggal dan juga sebagainya.

  • Apabila menghindarkan diri dari biah yang baik.


Muncul rasa kurang senang bergaul dengan orang-orang yang berjuang di jalan Allah, dan juga orang-orang yang cintakan agama juga menyumbang ke arah rebahnya atau lemahnya diri. Mereka merasakan diri sudah cukup dengan ilmu yang dimiliki, cukup dengan tarbiyyah yang dimiliki hinggakan menolak ilmu yang disampaikan orang lain.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP