Bangunkan Jiwa Hidupkan Spritual

Nov 16, 2008

Manusia melihat setiap dakwah, hanya pada aspek fizikal sahaja. Mereka sering lupa untuk melihat kepada kekuatan motivasi diri (kejiwaan) dan inspirasi (dorongan) ruh. Pada hakikatnya dua perkara ini adalah merupakan bekalan dan makanan kepada dakwah. Kemenangan dan kesuburan dakwah bergantung kepada keduanya. Sesungguhnya disebalik pencapaian lahiriah yang draih oleh semua dakwah, ada dokongan ruhi dan kekuatan dalaman yang menggerak dan mempeloporinya. Mustahil bagi sesuatu ummah untuk bangkit tanpa ada kesedaran sebegini didalam jiwa, ruh dan perasaannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "

Oleh kerana itu, perkara utama yang patut dititikberatkan dalam dakwah kita dan perubahan yang kita inginkan ialahkebangkitan ruhi (spritual) yang mantap. Ia akan memastikan dakwah kita subur, berkembang dan tersebar dengan pesatnya. Maka apa yang utama dalam fokus dan tumpuan kita ialah membangkitkan ruh, menghidupkan hati dan memupuk kesedaran sebenar dan mendalam dalam jiwa dan perasaan. Justeru itu, kita tidak memberi penekanan kepada membincangkan pendetailan kepada program pengislahan dakwah sedangkan pada waktu itu kita sepatutnya memberi penekanan dan tumpuan kepada membangunkan jiwa pendukung fikrah ini.

Kita mendambakan jiwa-jiwa yang hidup, gagah, hati-hati muda yang sentiasa berkobar-kobar, perasaan-perasaan cemburu yang menyala dan membara, ruh-ruh yang optimis dan menjenguk-jenguk ke depan, mengimpikan model-model yang unggul dan mengejar matlamat yang tinggi agar terpacu jiwa-jiwa itu kearahnya, mengatur langkah untuk menjejak kaki akhirnya dimercu ketinggian. Matlamat hendaklah spesifik dan model harus diarcakan, sentimen dan perasaan ini harus terkepung serta dijuruskan sehingga menjadi pegangan yang tak dapat diugah dan tidak dapat digoyang oleh was-was dan keraguan. Tanpa spesifikasi dan penjurusan, model kebangkitan ini akan menjadi seperti percikan cahaya yang terpancar liar ditanah gersang yang tidak memberi cahaya dan tidak memberi kehangatan. Oleh itu apakah spesifikasi kepada matlamat dan apakah kesudahannya?

Sesungguhnya kta memilih untuk dakwah kita, manhaj dakwah yang pertama dan kita cuba menjadikan dakwah baru ini gema yang sebenar kepada dakwah terdahulu yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dilembah Mekah 1400 tahun yang lalu. Maka adalah terlebih baik bagi kita untuk merujukkan pemikiran dan tasawwur kta kembali ke zaman sinaran nubuwwah yang terang. Zaman gilang-gemilang dengan keagungan wahyu. Agar kita berguru dengan ustaz yang ulung iaitu ketua segala murabbi dan penghulu segala utusan mulia dan yang dapat membawa hidayat, agar kita dapat belajar daripadanya ilmu-ilmu pengislahan dan langkah dakwah yang baru

As-Syahid Hasan Al-Banna

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP