Futur Suatu Virus ( Part 1)

Nov 17, 2008

Futur...Satu fenomena yang cukup ditakuti oleh pendakwah yang hatinya benar-benar komitmen dengan dakwah. Bila disingkap dari sudut makna futur itu sendiri membawa maksud menurun, teroutus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak. Futur juga membawa maksud malas, sikap menangguh dan melengahkan. Peyakit ini bermula secara kecil-kecilan yakni melengahkan sesuatu kerja sehinggakan kepada perkara yang terbesar kalau tidak dibendung iaitu berhenti terus atau tercicir dari kerja-kerja Islam. Futur boleh berlaku dalam beberapa keadaan samada dalam konteks ibadah seperti :

  • hilang khusyuk dalam solat
  • tilawah Al-Quran terasa tawar
  • semakin berat untuk bertafakkur mengingati Allah
  • Bukan sahaja merosot dari segi kualiti ibadah, tetapi dari segi kuantiti.


Futur juga boleh berlaku dalam konteks dakwah. Sebagai contoh seorang aktivis yang dahulunya aktif dalam menyebarkan risalah Allah di zaman kampus dan sebagainya tetapi setelah senang dalam hidup, yakni memperoleh harta setelah bekerja, mulalah menjauhkan diri daripada aktiviti dakwah dan juga program tarbiyyah yang sistematik. Perkara ini sudah banyak kali berlaku dan semoga kita yang masih berada dialam kampus dijauhkan dari perkara ini Insya Allah.

Banyak perkara yang membawa kepada terjadinya dua perkara diatas atau kata mudahnya terdapat banyak faktor yang membawa kepada futur. Antaranya ialah :


  1. Dosa dan Maksiat kepada Allah


Dosa dan maksiat yang dilakukan mampu membuatkan hati berasa gelisah dan disana terdapat petanda yang sikap kita sebenarnya tidak seiiring dengan perintah Allah. Lantaran dosa yang dilakukan, berlakunya kegelisahan jiwa dan lantaran kegelisahan jiwa mampu mengheret kita dalam menurunnya kualiti dan kuantiti ibadah. Apatah lagi jika dosa-dosa itu tidak dipandang berat walaupun hanyak dalam kategori dosa kecil. Tetapi jika dihimpunkan dosa-dosa kecil itu bukankah ia akan menggunung juga akhirnya? Baginda Rasulullah s.a.w ada menggambarkan kepada kita bahawa satu dosa yang dilakukan akan meninggalkan satu titik hitam dalam hati kita. Jika dibiarkan akan menjadikan hati itu hitam legam dan tidak dapat membezakan antara perkara yang haq dan batil. Tetapi jika ia diiringi dengan istghfar, ia akan berkilat kembali.

  • Melampau dalam hal yang mubah (harus)


Allah s.w.t tidak melarang hambaNya dalam menikmati perkara-perkara yang harus tetapi biarlah dalam keadaan bersederhana sahaja. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A’raf ayat yang ke 31 bermaksud

“...makanlah dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan..Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan “

Ummul Mukminin Aisyah r.a menyatakan

“ Berlaku bala pertama ke atas umat ini selepas Nabinya (wafat) ialah kekenyangan..”

  • Apabila timbul rasa malas dalam melakukan ketaatan.


Perasaan cenderung meremehkan amalan atau ibadah dan juga pengabaian terhadap amalan-amalan harian seperti malas bersolat jemaah, mengabaikan solat sunat, mengabaikan Qiamullail, dan sbagainya. Pendek kata semua amalannya hanyalah kosong belaka (yakni kosong dari roh
)

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP