Ciri-Ciri Mereka Yang Memperjuangkan Islam

Nov 17, 2008

Seharusnya bentuk atau cara hidup seseorang yang memperjuangkan Islam dan menghayati Islam dalam kehidupan mereka berbeza dengan cara hidup manusia lain. Antaranya :

Terikat dan menurut ajaran Islam


- iman bukan sekadar cita-cita tetapi sesuatu yang tertanam dalam hati.
- Dibuktikan dengan amal perbuatan
- Allah sering mengaitkan iman dengan amalan.

Dalam konteks ini Allah SWT telah menegaskan kepada kita bahawa jangan mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita sendiri longlai dan terumbang-ambing. Seringkali terjadi begitu bagi seorang daie, ghairah dalam mengislah mad’u, tetapi diri sendiri masih terpalit perkara-perkara jahiliyah. Renungkan ayat dibawah,

“ Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al-Kitab, tidakkah kamu berfikir ?” (Al-Baqarah 2:44)

Mengutamakan kepentingan Islam

Sabda Baginda S.A.W


“Berkisarlah untuk kepentingan Islam dimana ia berkisar”


“Dan barangsiapa tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan orang Islam”


-Mengutamakan kepentingan agama melebihi segala-galanya. Kadangkala kita lebih mengutamakan perkara-perkara yang harus (mubah) seperti bagaimana nak mencantikkan rumah dan sebagainya.

Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin pada Allah s.w.t

Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :


“ Janganlah kamu berasa hina, dan janganlah kamu berasa sedih dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu benar-benar beriman “ (Ali Imran:3:139)


-Ketika para sahabat berada dalam lindungan kerajaan Habsyah, Jaafar b Abi Talib r.a selaku ketua rombongan membalas saranan paderi dan pendita yang ada didalam istana Najasyi supaya sujud pada Najasyi dengan jawapan :

“ Kami tidak akan sujud melainkan hanya untuk Allah SWT ”


Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam

- Memahami kewajiban bekerja untuk Islam dan menyebarkan dakwah.
- Bekerja dalam berjamaah.
- Bekerjasama dengan pendakwah lain untuk menyeru kepada Allah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
- Bekerja keras untuk mewujudkan fardhul muslim, baitul muslim, masyarakat muslim, kerajaan yang mengamalkan Islam yang sebenar dalam pemerintahan, negara Islam dan juga kesatuan negara-negara Islam yang berupaya menyebarkan Islam ke suluruh pelusuk dunia.

Firman Allah :


“ Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu “ (Al-Qashash 28:35)


“ Bertolong-tolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-tolongan dalm dosa dan permusuhan “ (Al-Maidah:5:2)

Persoalannya... Adakah semua yang digariskan diatas merupakan sebahagian daripada sifat yang ada pada diri kita, atau kita hanya mendabik dada dan memberitahu bahawa... " Ya.. Akulah penggerak " tetapi sebenarnya kita tertipu dengan situasi diri sendiri. Fikir-fikirkan wahai diriku dan sahabat sekalian~

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP